Seramai 50 orang pelajar tingkatan 5 Smk Durian Mas telah menyertai program Bootcamp BALAS (Buat Apa Lepas Spm) .
Program ini adalah anjuran Yayasan Suara Wanita (YASNITA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) & Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Program ini ditaja Oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan telah di jalankan pada
Tarikh : 17-19 Jan 2020
Tempat : Kolej KETENGAH, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu
Antara perkara penting yang disampaikan di dalam kem ini adalah perancangan selepas Spm dan pemilihan bidang yang bersesuaian selepas Spm.
Selain itu, ada juga jawapan bagi persoalan:
Ingin lanjutkan pelajaran tetapi tak tahu nak pilih bidang apa dan kolej mana❓
Rasa tak nak sambung belajar lepas SPM❓
Nak dapatkan semangat baru selepas peperiksaan SPM❓
Program ini sangat bermanfaat terutama untuk calon-calon yang baru menduduki peperiksaan SPM 2019 dan tengah tercari-cari arah tuju pendidikan dan kerjaya.
Para peserta juga dibimbing untuk :
✅ Bina Keyakinan dan Ketrampilan Diri Anda
✅ Kenal Minat Kerjaya Anda
✅ Maklumat Melanjutkan Pelajaran ke IPT / Institusi TVET
✅ Cara membuat permohonan melanjutkan pelajaran
✅ Prospek Kerjaya Masa Depan
Semoga program ini dapat memberi impak dan semangat positif kepada para pelajar dan semua peserta yang menyertainya.