Selamat kembali ke sekolah. Unit disiplin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pelajar tentang standard pakaian uniform sekolah yang betul dan lengkap kepada semua pelajar. Beberapa pelajar dengan standard pemakaian uniform yg betul dan lengkap telah diminta naik ke pentas untuk menjadi contoh kepada semua pelajar lain.
Standard pemakaian pelajar tingkatan 6. Pelajar lelaki dengan seluar slack, kemeja, bertali leher dan berkasut tutup. Pelajar wanita dengan pakaian sopan dan berkasut tutup.
Pakaian uniform lengkap dengan lencana sekolah dan tanda nama. Kemeja putih, bertali leher dan seluar hijau gelap bagi pelajar lelaki. Baju kurung putih dan kain biru muda bagi pelajar perempuan. Berkasut hitam.
Pakaian uniform lengkap bagi pengawas sekolah berwarna biru muda.
Pakaian uniform lengkap bagi pengawas perpustakaan adalah berwarna hijau muda.
Pakaian uniform lengkap bagi pembimbing rakan sebaya (PRS) sekolah berwarna ungu muda.
Pakaian uniform lengkap bagi pengawas SPBT (Skim pinjaman buku teks) adalah berwarna koko krim.
Di harap semua pelajar SMK Durian Mas dapat mematuhi peraturan asas pakaian uniform ini.
No comments:
Post a Comment